Projektor pada kamera digital

PERKEMBANGAN positif industri pengimejan terus dirancakkan menerusi pengenalan pelbagai fungsi dan teknologi canggih pada produk kamera digital.

Semakin hari semakin banyak syarikat pengeluar kamera tampil menampilkan keunikan dan kecanggihan produk-produk mereka dengan tujuan memberi lebih pilihan dan pengalaman terbaik kepada pengguna.

Syarikat yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri berkenaan, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. (Nikon) baru-baru ini terus memacu kecemerlangan dengan memperkenalkan kamera digital kompak pertama di dunia dilengkapi projektor binaan dalam.

Fungsi yang ditawarkan pada model Coolpix S1000pj itu membolehkan paparan foto yang telah dirakam dapat ditonton secara beramai-ramai dan pada bila-bila masa.

Menurut Pengurus Besar Produk Pengguna Nikon, Stephen Ng, pengenalan produk tersebut menunjukkan komitmen syarikat itu yang sentiasa menawarkan produk berkualiti dan inovatif.

''Pengguna kini tidak hanya memandang kepada resolusi sesebuah kamera sebaliknya lebih mengambil kira tawaran ciri yang dapat memberi mereka keseronokan ketika menjalankan aktiviti fotografi.

''Justeru, melalui fungsi projektor pada model ini, pengguna dijamin dapat menikmati pengalaman paparan imej yang lebih mudah, selesa dan menarik bersama rakan-rakan,'' katanya ketika pelancaran model itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Melihat kepada ciri kamera tersebut, ia didatangkan bersama keupayaan rakaman 12.1 megapiksel dengan lima kali pemfokusan optik serta monitor LCD beresolusi tinggi 2.7 inci.

Aplikasi rakamannya juga dipertingkatkan melalui pilihan lima ciri penstabilan imej, pemilihan shot terbaik, sistem potret pintar dan pemilihan babak automatik.

Untuk menjalankan fungsi projektor, pengguna hanya perlu menekan butang khas dan kemudian menghalakan paparan imej atau video pada permukaan rata.

Dengan jarak pancaran dari 26 sentimeter (sm) hingga dua meter, projektor tersebut mampu memaparkan imej bersaiz antara lima hingga 40 inci dengan kualiti VGA bang memberi kepuasan tontonan.

Untuk memudahkan kawalan operasi dan navigasi projektor pula, kamera itu didatangkan bersama alat kawalan jauh serta tiang penyokong.

Dengan tawaran pilihan warna hitam dan silver, Nikon Coolpix S1000pj kini boleh diperoleh dengan harga pasaran RM1,498

Sistem operasi Windows terbaru

Apa kata rakan kongsi komputer mengenai Windows 7

Ketibaan Windows 7 memang tepat pada masanya semasa pengkomputeran mudah alih.

Kami telah bekerjasama erat dengan Microsoft mengenai pembangunan produk masa kini dan masa depan dan mengambil kesempatan ketika ledakan pengkomputeran bagi memastikan landasan Intel dapat digunakan oleh pengguna Windows 7 apabila dilancarkan.

- Pengurus Negara Intel Malaysia, Ryaz Patel

Kerjasama erat dengan Microsoft memastikan produk kami akan sedia dengan Windows 7 apabila dilancarkan.

Adalah menjadi matlamat Acer menjadikan teknologi komputer mudah digunakan setiap hari dan mampu dimiliki oleh semua orang, di mana saja.

- Ketua Jabatan Komputer Meja dan Pelayan Produk, Acer Sales & Services Sdn Bhd, Chan Weng Hong.

Ramai pelanggan bimbang migrasi kepada OS yang baru memakan masa lama dan rumit tetapi Dell telah membantu pelanggan menyedari kelebihan menaiktaraf Windows 7 menerusi integrasi rapat dengan Microsoft.

- Pengurus Besar Negara, Dell Malaysia, Yuri Wahab.

Microsoft adalah pelanggan bernilai dan kami bekerjasama rapat dengan mereka semasa pembangunan Windows 7 bagi memastikan pelanggan mendapat kelebihan daripada ciri terkini.

Landasan Windows 7 membenarkan HP membawa inovasi secara berterusan kepada komputer buku dan meja HP bagi memberikan pengalaman pengkomputeran hebat kepada pelanggan.

- Pengurus Besar Negara, Kumpulan Sistem Peribadi, Hewlett Packard Malaysia, Danny Lee.

Kami menjalinkan kerjasama rapat dengan Microsoft semasa pembangunan Windows 7 dan kami mereka penyelesaian baru bagi ciri terkini sebagai usaha menyediakan pelanggan dengan pengalaman terbaik.

- Pengurus Pembangunan Pasaran, June Gan, Toshiba Asia Pasific Pte Ltd.

Dengan pelancaran Windows 7 tidak lama lagi, sistem operasi Microsoft terbaru ini akan membuka mata masyarakat mengenai pengkomputeran.

Kami menekankan mengenai menjadikan produk lebih baik dengan meningkatkan paras integrasi Microsoft dan menerusi perbincangan dan penyelidikan dengan pelanggan.

- Pengurus Saluran, Pengedar Bisnes Konsumer Lenovo Malaysia, Yap Hui Hui.

Produk Asus dan pembangunan falsafah Microsoft di sebalik Windows 7 boleh dikatakan sangat sepadan dan kami amat teruja dengan pelancarannya.

Kami percaya kerjasama erat dengan Microsoft akan terbalas apabila pengguna merasai pengalaman Windows 7 pada produk kami.

- Pengarah, Produk Notebook, Asus Malaysia, Neo Wang.

Makmal Komputer SK Bota Kiri


Ini lah hasil tangan guru penyelaras ICT Sekolah Kebangsaan Bota Kiri iaitu En. Hashim B. Talib.











Pada hujung tahun 2008,penyelaraas ICT ditukar dan juruteknik komputer baru pun sampai.Makmal komputer yang kosong tadi telah cantik seperti sekarang.Ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Zainal kerana telah mambantu sehinggalah kami diberi kerusi untuk kegunaan mesyuarat.Di pendekkan cerita,makmal komputer ni jugalah tempat mesyuarat guru-guru.





Makmal komputer sekolah kebangsaan bota kiri ditubuhkan pada tahun 2006.Kerajaan telah peruntukan komputer jenis DELL untuk kegunaan guru dan pelajar sekolah ini.Sebanyak 13 buah komputer telah diberi.Selain itu schoolnet juga dipasang untuk melayari internet bagi mencari bahan-bahan mengajar.


Alat bantuan mengajar seperti LCD Projektor, speaker, UPS dan sebagainya di pasang di dalam kelas untuk kemudahan guru.Alat-alat ini digunakan untuk P&P di kelas.